Dah lama tak buat muffin pisang. Kali ni Ann cuba resepi baru muffin pisang dengan filling bluberi dapat dari myresepi.
Jun 8, 2014
Mar 26, 2014
Resepi Kek Cawan
Assalaamualaikum.
Memang dah agak lama Ann tak update kat sini.. Bukannya makna Ann tak makan atau tak masak.. Hehe.
Malam ni ada sedikit masa terluang, Ann nak kongsi satu resepi. Ini adalah koleksi resepi yang Ann simpan dan belom pernah cuba lagi. Insya-Allah akan dicuba dalam masa terdekat. Kalu ada yang nak cuba silalah, dan jangan lupa komen nanti..
Kek Cawan Strawberi
Bahan:
185g mentega
170g gula kastor
3 biji telur
125g tepung naik sendiri
30g tepung gandum
125ml susu segar
1/4 sudu kecil pes strawberi
Hiasan:
Krim putar
Strawberi segar
Kaedah:
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan telur satu persatu.
Gabungkan tepung naik sendiri dan tepung gandum kemudian kaup balik ke dalam adunan berselang-seli dengan susu segar.
Masukkan pes strawbei dan kacau.
Masukkan ke dalam cawan kertas.
Bakar selama 20 minit pada susu 180 darjah.
Sejukkan.
Pukul krim putar sehingga kembang.
Hias dengan krim dan straberi segar.
read more "Resepi Kek Cawan"
Memang dah agak lama Ann tak update kat sini.. Bukannya makna Ann tak makan atau tak masak.. Hehe.
Malam ni ada sedikit masa terluang, Ann nak kongsi satu resepi. Ini adalah koleksi resepi yang Ann simpan dan belom pernah cuba lagi. Insya-Allah akan dicuba dalam masa terdekat. Kalu ada yang nak cuba silalah, dan jangan lupa komen nanti..
Kek Cawan Strawberi
Bahan:
185g mentega
170g gula kastor
3 biji telur
125g tepung naik sendiri
30g tepung gandum
125ml susu segar
1/4 sudu kecil pes strawberi
Hiasan:
Krim putar
Strawberi segar
Kaedah:
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan telur satu persatu.
Gabungkan tepung naik sendiri dan tepung gandum kemudian kaup balik ke dalam adunan berselang-seli dengan susu segar.
Masukkan pes strawbei dan kacau.
Masukkan ke dalam cawan kertas.
Bakar selama 20 minit pada susu 180 darjah.
Sejukkan.
Pukul krim putar sehingga kembang.
Hias dengan krim dan straberi segar.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Label:
resepi
Dec 10, 2013
Bekfes Pizza Buatan Sendiri
Assalaamualaikum & Selamat Pagiii
Ann pagi tadi bekfes pizza buatan sendiri. Sangat jimat, insya-Allah kenyang, dan yang paling penting halal..
Kali ni Ann buat pizza toping crab stick, bawang besar potong dadu dan sedikit lada benggala. Atas sekali tabur cheese dan oregano. Lepas tu boleh la hias pula dengan mayonis. Uh-la-la.. rasanya sangat menyengat. Gigit sekali, memang rasa nak lagi, dan lagi...
Resepi doh bolih godek² di sini atau boleh ikut kelas roti ini untuk cara cepat buat pizza.
Label:
Pizza Seafood
Nov 24, 2013
Garlic Bun
![]() |
| Ehsan fesbuk bukuresepi |
Bahan A:
1 cawan air suam
2-3 sudu besar olive oil
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar yeast
Garlic Spread:
50 gram butter
2 sudu daun ketumbar cincang halus2
5 cloves bawang putih di cincang halus2
-Campurkan dan kacau ketiga2 bahan ini.
Kaedah Ann:
Masukkan Bahan A ikut turutan ke dalam acuan breadmaker (bm)
Set ke program-10. Tekan Start.
Selepas 30 minit. Keluarkan doh yang sudah siap.
Canai dan sapukan garlic spread seperti dalam gambar atas kanan.
Siap disusun dalam loyang. Bakar 15minit pada suhu 180 darjah.
Sumber resepi: www.facebook.com/bukuresepi
Oct 26, 2013
Udang Masak Lemak
Assalaamualaikum warahmatullah..
Dah agak lama Ann tak masuk ke dapur. Oh! jangan silap paham bukan dapur itu yang dimaksudkan, tapi dapur maya ini lah. Dah lama tak berkongsi cerita di sini. Bila dah lama hari ni terasa nak syer apa yang telah Ann masak baru² ini. Ini kira pencapaian terhebat lah konon, sebab Ann memang mengaku kurang pandai nak masak² lauk berlemak.
Okay, masakan kali ni di cedok dan diubahsuai ikut bahan yang ada di rumah.
Resepi Asal: Bahan-bahan ( 4 orang )
Udang 1/2 kilo
Cili api 4 biji
Serai 2 batang
Bawang merah 4 biji
Kunyit sebesar jari kelingking
Asam gelugur 2 keping
Santan secawan
Garam setengah sudu teh
Cara-caranya:
Tumbuk/kisar bawang, cili, dan kunyit hidup. Ketuk serai.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masukkan secawan air (sukatan ikut suka) dan kacau.
Kena sentiasa kacau dan gunakan api sederhana supaya teksturnya halus lebih kurang 10 minit.
Siap! boleh dihidangkan.
Bahan² di atas semuanya separuh jer Ann guna, sebab udangnyer sikit ajer yang ada, untuk makan berdua je pun kan, tapi Ann boleh makan sampai 2 kali meal.. Boleh bayangkan tak berapa banyak yang Ann makan sebenarnya...
Masa masak pun, garam sudah kehabisan. Nasib baik ada garam kunyit segera, itulah yang menambahkan perisa gulai udang ku.. Alhamdulillah menjadi jugak udang masak lemak.
read more "Udang Masak Lemak"
Dah agak lama Ann tak masuk ke dapur. Oh! jangan silap paham bukan dapur itu yang dimaksudkan, tapi dapur maya ini lah. Dah lama tak berkongsi cerita di sini. Bila dah lama hari ni terasa nak syer apa yang telah Ann masak baru² ini. Ini kira pencapaian terhebat lah konon, sebab Ann memang mengaku kurang pandai nak masak² lauk berlemak.
Okay, masakan kali ni di cedok dan diubahsuai ikut bahan yang ada di rumah.
Resepi Asal: Bahan-bahan ( 4 orang )
Udang 1/2 kilo
Cili api 4 biji
Serai 2 batang
Bawang merah 4 biji
Kunyit sebesar jari kelingking
Asam gelugur 2 keping
Santan secawan
Garam setengah sudu teh
Cara-caranya:
Tumbuk/kisar bawang, cili, dan kunyit hidup. Ketuk serai.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masukkan secawan air (sukatan ikut suka) dan kacau.
Kena sentiasa kacau dan gunakan api sederhana supaya teksturnya halus lebih kurang 10 minit.
Siap! boleh dihidangkan.
Bahan² di atas semuanya separuh jer Ann guna, sebab udangnyer sikit ajer yang ada, untuk makan berdua je pun kan, tapi Ann boleh makan sampai 2 kali meal.. Boleh bayangkan tak berapa banyak yang Ann makan sebenarnya...
Masa masak pun, garam sudah kehabisan. Nasib baik ada garam kunyit segera, itulah yang menambahkan perisa gulai udang ku.. Alhamdulillah menjadi jugak udang masak lemak.
Jan 2, 2013
Cekodok Pisang
Bahan2:
Pisang ( apa2 pisang)
Gandum
Serbuk penaik
Gula
Garam
sedikit air
Cara2:
Lenyek pisang dengan gula.
Campur dengan semua bahan2 lain.
Ada yang letak telur.. Kita tak letak pun..
Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan dengan tisu penyerap minyak.
Siap.
Dec 12, 2011
Sate Baung
Chop!
Ada yang terliur?
Oke! Ini sate yang dibeli dari kedai yang diberi nama Sate Baung. Sate baung ini memang femes di Kota Bharu dan kawasan sekitarnya di suatu waktu dulu.. Seingat Ann tiap2 kali hari raya, kakak ku mesti order ini sate. Tapi ini cerita 2-3 tahun lepas kot.. Dah lupa pulak.
Sekarang sate ini telah membuka sayap sampai ke bangi. Nampaknye still famous kot. So, minggu lepas nak lah merasa jugak sate ni. Ternyata rasanya kurang menyengat daripada sate2 lain yang berada di sekitar kajang. Terkena pulak hari tu kitorang makan sate ayam nyer kurang masak. Daripada pemerhatian, petang itu diorang baru jer panaskan bara. Tempoh membakar pulak macam cepat jer.. Hasilnyer.. daging ayam tak berapa masak. Hu-hu.. Pelik, daging lembunye oke pulak.
Kuahnya pun macam sedikit cair. Mungkin hari itu tidak menyebelahi kami. Harganya pun lebih kurang sama macam sate lain. 70 sen secucuk.
Label:
Makan-makan
Nov 29, 2011
Pizza Homemade Ringkas
Semalam Ann telah cuba buat pizza homemade..
First time buat sendiri. Last time buat pizza masa hadiri demo tupperware.. Tolong² je masa tuh.. Giler lama dah time tuh berlalu. Sekarang baru nak cuba sendiri.
Jom layan gambar yang tak seberapa... Nak resepi boleh godek² kat sini.
![]() |
| Sebelum |
![]() |
| Selepas setengah jam |
![]() |
| Sedia untuk dimasak |
![]() |
| Sedia untuk dimakan |
Label:
Pizza Seafood
Nov 17, 2011
Pengat Durian & Roti Jala
Salam Petang-petang Hari.
Suatu petang, Ann ada menyediakan minum petang dengan pengat durian. dan roti jala. Oke, ini adalah percubaan pertama Ann bikin roti jala. Hehe.. Sebab tu nampak lain macam sket ek...
Pengat durian/ serawa durian:
Lebihan durian.
Santan.
Gula melaka.
Daun pandan
garam.
Masaknya:
Masukkan kesemua ke dalam periuk.
Masak.
Resepi Roti jala:
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
sedikit garam
pewarna hijau
Cara :
Kacau semua bahan.
Boleh pakai blender supaya senang dan adunan tidak berbintil.
Adjust kepekatan adunan
Kirai atas kuali leper guna acuan roti jala.
Label:
minum petang
Oct 29, 2011
Makanan dari Sarawak
Salam ceria.
Awal bulan Oktober tempoh hari, Ann dan famili telah berkunjung ke Kuching, Sarawak. Berada di sana selama 3 hari 3 malam kat sana, tentulah kena mencekik kan.. Untuk tambah tenaga untuk ronda2 Bandar Kuching.
Pasti ramai dah pernah ke sana dan tahu makanan apa yang ada di sana. Gambar pertama ini adalah sudah tentunya Laksa Sarawak. Kalu dah ada kat Sarawak tak sah lah kalu tak coba! Pada tak pernah cuba, rasanya seperti kita makan meehoon dengan kuah kari...
Keduanya, adalah mee kolok. Sekali pandang tak ubah macam maggi goreng daa.. Tapi rasanya sedikit berbeza.. kena cuba sendiri.
Seterusnya, ayam pangsun. Yang ini memang tak akan jumpa kat semenanjung. Ayamnya di masak, dalam buluh., dan rupanya macam sup ayam. Tapi bukan sup ayam oke! Ayam di masak bersama pucuk ubi kayu. Ermm sedapp dimakan dengan nasik.
![]() |
| Ayam Pangsun |
Dok 3 hari kan, mesti macam2 makan punyer.. But, still ada yang tak sempat nak mencuba, pasal banyak sangat makan, iaitu Umai. So, takder le gambarnyer. Lain2 yang telah di jamah adalah...
![]() |
| Nasi Ayam Penyet |
![]() |
| Nasi Goreng Tajaan Homestay |
Label:
Makan-makan
Sep 9, 2011
Kek Coklat Tanpa Tepung
Kek Coklat Tanpa Tepung
250g badam
250g gula castor
250g cooking chocolate
5 biji putih telur
5 biji kuning telur
175g butter
sedikit garam
Cara menyediakan:
- Badam di rendam, kupas &bakar pada suhu 180 darjah. Kisar.
- Cairkan butter, ghula, choc bar atas air mendidih.
- Masukkan kuning telur.
- Pukul putih telur dengan garam* bekas mesti kering & pukul betul2 kembang.
- Bancuhan tadi dimasukkan kedalm putih telur.
- Kacau sebati.
- Masukkan ke dalam loyang. Bakar suhu 180 darjah selama 1 jam.
Nota: Resepi ini terjumpa dalam buku koleksi resepi peribadi. Memang tak pernah cuba lagi. Akan ku cuba jua suatu masa. Insya-Allah..
Label:
resepi
Sep 8, 2011
My Old Time Peberet Kek Coklat
kEK CoKLaT Kukus
Bahan A:
1 cawan air
1 cawan koko
1/2 cawan gula halus
Bahan B:
250g mentega
2 cawan gula halus
2 cawan tepung kek
6 biji telur
1 sd teh esen vanila
Cara penyediaan:
- Bahan A disatukan dan dipanaskan atas api kecil.
- Kacau hingga likat dan dibiarkan sejuk
- Mentega dipukul dgn gula hingga kembang.
- Masukkan telur dan esen.
- Masukkan tepung berselang-seli dgn bahan A tadi.
- Kukus selama 45 minit.
Selamat Mencuba!
Nota: Sebab resepi ni adalah my old time peberet, so, takder gambar. Dah lama tak buat.. Tungguuu suatu hari nanti akan tiba jua, jika dipanjangkan usia.
Label:
resepi
Jun 29, 2011
Puding Triffle
Salam...
read more "Puding Triffle"
Jom..Jom..Jom..
Jom kita pakat buat puding triffle.
Jom kita pakat buat puding triffle.
Label:
resepi
Apr 8, 2011
Resepi Pizza Ringkas
Resepi ini dapat masa beli Tupperchef dulu..
Lama bangat lol. Hari ni baru nak kongsi-kongsa resepnya. Tu pun baru bukak pasal ada kawan minta resepinya.. Ngeh3x
Pizza dari Tupperware
Hidangan: 4 orang ( 2 keping )
- 350g Tepung yang diayak - wajib ayak oke
- 200ml air suam2 kuku kucing
- 2 sudu teh yis segera
- 1 sudu teh minyak jetun
- Garam
- Keju Mozzarella
Bahan untuk topping: - (ikut suka nak letak apa sbnrnye)
- Cendawan
- Nenas
- Lada benggala
- Bawang besar
- 100g tomato puree
- herba oregano
- 200g isi ayam - dipotong dadu
Kaedah
untuk doh:
- Gaul tepung, yis, garam, air dan minyak zaitun.
- Uli 15minit hingga sebati.
- Biarkan di tempat suam/panas selama 45 minit untuk doh jadi kembang.
- Setelah itu, bahagi doh kepada 2 bahagian.
- Canai hingga ketebalan 1cm untuk buat base pizza.
- Letak ke dalam loyang yang telah digriskan.
untuk topping:
- Rebus isi ayam dengan sedikit garam selama 3 minit. Toskan.
- Gaulkan tomato puree dengan secubit garam dan herba oregano.
- Sapu sos tadi ke atas pizza dan seterusnya tabur/letak bahan toping lain.
- Akhir sekali, baru taburkan keju.
- Bakar selama 15 minit dengan api perlahan (ikutkan waktu ni untuk yang guna Tupperchef)
Selamat mencuba!
Label:
resepi
Jan 31, 2011
Kentang Lenyek
Bahan kentang lecek:
Cara memasak:
Bahan kuah kentang lecek:
Cara memasak kuah:
read more "Kentang Lenyek"
- 500 gram kentang (dikupas )
- 1 cawan susu segar
- 50 gram mentega
- garam dan serbuk lada putih sebagai perisa.
Cara memasak:
- Rebus kentang di dalam air dan bersama sedikit garam. Biarkan merenih sekitar 20 minit atau sehingga kentang dari benar-benar empuk.
- Angkat kentang dan toskan. Lecek sehingga halus.
- Tambahkan susu segar, mentega sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Tambah serbuk lada puthi sebagai perisa.
Bahan kuah kentang lecek:
- 2 sudu minyak masak
- 50 gram mentega
- 20 gram tepung gandum
- 1 batang saderi (dipotong kecil)
- 1 ulas bawang besar (dipotong kecil)
- Serbuk lada sulah dan lada hitam
- 2 sudu sos tiram
- 1 cawan air
- 2 cawan stok ayam (cecair)
- 1 cawan susu segar (UHT juga boleh)
Cara memasak kuah:
- Panaskan minyak masak, goreng daun saderi dan bawang sehingga layu. Angkat dan biarkan sehingga sejuk
- Kisar semua bahan goreng tadi sehingga halus. Gunakan sukatan air.
- Cairkan mentega menggunakan air kecil, masukkan tepung dan kacau sehingga sebati. Tuangkan air, stok ayam dan susu segar. Kacau perlahan.
- Masukkan bahan kisar sambil mengacau. Masak sehingga mendidih dan boleh diangkat.
Nota: Resepi dikutip dari sumber lain yang boleh dipercayai. Dijadikan koleksi resepi peribadi untuk direalisasikan di suatu masa nanti.
Label:
resepi
Jan 16, 2011
Cekodok Impian
![]() |
| Cekodok Bawang Impian |
Salam.
Ini adalah gambar cekodok. Takkan tak tahu.. Ngee..
Nama lain adalah cucur. Cucur ada banyak jenisnya, yang ini adalah cucur cekodok bawang impian saya.
Bahan utama:
- Tepung sukatan ikut suka
- Serbuk penaik
- Sedikit air
- Garam
Bahan² yang menjadikan spesis cucur lain²:
bawang besar dihiris halus
daun sup
karot parut
daun kucai pun bolihdll lagi yang terlintas atau yang ada kat umah tu
Cara:
Gaul semua bahan utama hingga sebati.
Kalu lembik sangat, tambah tepung lagi.. dan sebaliknya.
Setelah sebati campurkan bahan² lain.
Goreng dan hidang.
Boleh dicicah dengan sos cili atau makan begitu sahaja.
Mudah kan! Cubalah sendiri..
Nota: kalu nak lembut dan pluffy boleh juga ditambah telur sebiji.
Label:
resepi
Jan 1, 2011
Nasi Dagang Dan Gulai Ikan Tongkol
Hidangan untuk 12 - 15 orang
Bahan-bahan untuk nasi dagang:
- 1 kg beras nasi dagang-dibersihkan dan direndam selama 2 jam
- 2 cawan santan cair *
- 1 cawan pati santan *
- 1 sudu teh halba
- 7 biji bawang merah-dihiris
- 2 cm halia-dihiris
- 3 sudu teh gula
- 1 sudu teh garam
Bahan untuk gulai ikan tongkol:
- 3 cawan santan sederhana pekat
- 2 keping asam gelugur
- 1/2 ikan tongkol-dibersihkan dan dipotong ikut suka
- 1 biji cili hijau
- garam secukup rasa
- 10 biji bawang merah *
- 2 cm kunyit hidup *
- 4 cm lengkuas *
- 6 tangkai cili kering *
Cara-cara sediakan nasi:
- Panaskan air dlm periuk kukus hingga mendidih.Masukkan beras dan kukus selama setengah jam.
- Angkat nasi,masukkan 2 cawan santan cair dan gaul hingga sebati.Kukus semula selama setengah jam lagi.
- Angkat nasi sekali lagi dan masukkan pati santan,halba,bawang,halia,garam dan gula.Gaul sebati.
- Kukus semula selama 20 minit atau hingga nasi masak.
Untuk lauknya:
- Panaskan santan dlm periuk.Setelah mendidih,masukkan bahan kisar.Biar mendidih sekali lagi.
- Masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ikan tongkol dan cili hijau.Biar hingga ikan betul2 masak.
- Angkat dan hidangkan bersama nasi dagang.
Nota: Dah dapat resepi untuk gulainya, maknanya bila2 masa lah untuk masak ni. Yahoooo!
Dec 19, 2010
Masak Kerisik Kerang
Kerisik Kerang
Bahan²:
350 gm isi kerang yang telah direbus
125 ml minyak masak
150 ml Susu Sejat F&N
3 sudu kecil air perahan asam jawa
3 helai daun limau purut
Garam dan gula ikut rasa
Rempah campuran:
1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil belacan
Bahan untuk dikisar:
4 sudu kecil kerisik
3 sudu kecil cili kisar
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 sm kunyit hidup
1 sm halia
1 sm lengkuas
2 batang serai
Cara² menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah campuran dan biar garing serta wangi.
3. Tuang air perahan asam jawa dan masukkan daun limau purut dan kacau rata.
4. Masukkan isi kerang, Susu Sejat F&N dan kaup balikkan hingga rata dan sebati.
5. Rasa garam dan gula dan tambah jika perlu.
6. Apabila telah garing dan kering, alihkan dari api dan hidang.
Jom Cuba!
Ini adalah dari Koleksi Mingguan Wanita
read more "Masak Kerisik Kerang"
Bahan²:
350 gm isi kerang yang telah direbus
125 ml minyak masak
150 ml Susu Sejat F&N
3 sudu kecil air perahan asam jawa
3 helai daun limau purut
Garam dan gula ikut rasa
Rempah campuran:
1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil belacan
Bahan untuk dikisar:
4 sudu kecil kerisik
3 sudu kecil cili kisar
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 sm kunyit hidup
1 sm halia
1 sm lengkuas
2 batang serai
Cara² menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah campuran dan biar garing serta wangi.
3. Tuang air perahan asam jawa dan masukkan daun limau purut dan kacau rata.
4. Masukkan isi kerang, Susu Sejat F&N dan kaup balikkan hingga rata dan sebati.
5. Rasa garam dan gula dan tambah jika perlu.
6. Apabila telah garing dan kering, alihkan dari api dan hidang.
Jom Cuba!
Ini adalah dari Koleksi Mingguan Wanita
p/s: Gambarnyer dah masuk sekali. Nampak sedap takk. Huhu.. memang sedap pun! Ngeee~
Dec 7, 2010
Smoothie
Papaya, Strawberry & Banana Smoothie
Bahan:
Betik - 77g
Pisang - 80g
Strawberi - 44g
Air - 40ml
Jus oren/Sunquik - 40ml
Cara menyediakan:
Cincang semua buah. Masukkan ke dalam ceper dan tambah jus dan air.
Didihkan, kemudian sejukkan.
Kisar hingga halus, guna pengisar tangan.
Siap untuk dihidang.
p/s: Senang yang ini tak nyah pakai mesin smoothie tu, yang aku punya dah rosak kan...
Jom pakat cuba!
Label:
smoothie
Dec 3, 2010
Cendol
Salam Sejahtera
Ermmm.. Sedapnyer cendol.
![]() |
| Cendol Pulut = RM1.50 |
Kenyang ni makan cendol ada pulut. Ada banyek jenis cendol lagi, seperti:
- Cendol Kacang
- Cendol Jagung - next time nak cuba ni
- Cendol Campur - atau ni.. ngeee
- Cendol semata2
Harga, of coz berbeza-beza ikut jenis. Selain cendol ada jugak rojak...
![]() |
| Rojak = RM3 |
Dimana Ann makan ni?
![]() |
| Haji Shariff's Cendol |
Ini adalah first time makan di sini.. mungkin akan ada kali kedua or ketiga if dapat pergi Seremban lagi. Nak bagitahu lokasi pun kurang arif, tapi rasanya dah dekat dengan taman tasik seremban.. huhu
Label:
cendol,
Makan-makan
Subscribe to:
Posts (Atom)






















