Jun 8, 2014

Muffin Pisang


Dah lama tak buat muffin pisang. Kali ni Ann cuba resepi baru muffin pisang dengan filling bluberi dapat dari myresepi.


Jom terjah resepi..

Bahan-bahan untuk 12 biji muffin.

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur
3/4 cawan gula castor
1 cawan pisang dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan coklat urai
Filling Blueberry secukupnya

Cara-cara

Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
Panaskan oven 180 darjah celsius.
Putar telur dan gula hingga kembang. 
Masukkan esen vanila dan pisang. 
Putar lagi dan kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adun sampai rata.
Masukkan minyak masak dan coklat urai , kacau sebati.
Susunkan cup di dalam muffin tray. 
Sudukan adunan ke dalam cup 1/2 penuh.
Masukkan filling blueberry.
Lepas tu sudukan adunan lagi hingga 3/4 penuh.
Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 hingga 30 minit atau muffin menjadi coklat keperangan jangan sampai hangus pulak.


Sedap dimakan waktu petang bila2 masa bila lapar.

1 orang berani komen:

Najib Ariyan said... [Reply]

kalau pandai masak kek... apa bahan pun jadi sedap... tapi jangan masukkan ikan tuna sudah lah kan... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...