Oct 26, 2013

Udang Masak Lemak

Assalaamualaikum warahmatullah..

Dah agak lama Ann tak masuk ke dapur. Oh! jangan silap paham bukan dapur itu yang dimaksudkan, tapi dapur maya ini lah. Dah lama tak berkongsi cerita di sini. Bila dah lama hari ni terasa nak syer apa yang telah Ann masak baru² ini. Ini kira pencapaian terhebat lah konon, sebab Ann memang mengaku kurang pandai nak masak² lauk berlemak.

Okay, masakan kali ni di cedok dan diubahsuai ikut bahan yang ada di rumah.

Resepi Asal: Bahan-bahan ( 4 orang )

Udang 1/2 kilo
Cili api 4 biji
Serai 2 batang
Bawang merah 4 biji
Kunyit sebesar jari kelingking
Asam gelugur 2 keping
Santan secawan
Garam setengah sudu teh


Cara-caranya:

Tumbuk/kisar bawang, cili, dan kunyit hidup. Ketuk serai.

Masukkan semua bahan ke dalam periuk.

Masukkan secawan air (sukatan ikut suka) dan kacau.

Kena sentiasa kacau dan gunakan api sederhana supaya teksturnya halus lebih kurang 10 minit.

Siap! boleh dihidangkan.

Bahan² di atas semuanya separuh jer Ann guna, sebab udangnyer sikit ajer yang ada, untuk makan berdua je pun kan, tapi Ann boleh makan sampai 2 kali meal.. Boleh bayangkan tak berapa banyak yang Ann makan sebenarnya...

Masa masak pun, garam sudah kehabisan. Nasib baik ada garam kunyit segera, itulah yang menambahkan perisa gulai udang ku.. Alhamdulillah menjadi jugak udang masak lemak.



5 orang berani komen:

Khir Khalid said... [Reply]

Udang masak lemak mmg salah satu favorite sy, tp x nk pedas2 sgt. Sedang2 je hehee.. lagipun udang mmg favorite.. :)

Cik Misstree said... [Reply]

As-Salam.

Biasalah, orang Kelantan kurang pandai masak lemak, bagi orang luar bila rasa masak lemak made by Kelantanese, rasa macam tak memenuhi standard masak lemak.

ann-zack smile said... [Reply]

@Cik Misstree Kecik ati.. hahahaha

ann-zack smile said... [Reply]

@Khir Khalid Sekali-sekala masak sendiri apa salahnyer, nanti isteri lagi sayang.. ngee

Cik Misstree said... [Reply]

@ann-zack smile Hehehe, jgn kecik no (sebut cara orang utara).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...