Apr 8, 2011

Resepi Pizza Ringkas

Resepi ini dapat masa beli Tupperchef dulu.. 
Lama bangat lol. Hari ni baru nak kongsi-kongsa resepnya. Tu pun baru bukak pasal ada kawan minta resepinya.. Ngeh3x

Pizza dari Tupperware
Hidangan: 4 orang ( 2 keping )

Bahannya:

  • 350g Tepung yang diayak - wajib ayak oke
  • 200ml air suam2 kuku kucing
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh minyak jetun
  • Garam
  • Keju Mozzarella


Bahan untuk topping: - (ikut suka nak letak apa sbnrnye)

  • Cendawan
  • Nenas
  • Lada benggala
  • Bawang besar
  • 100g tomato puree
  • herba oregano
  • 200g isi ayam - dipotong dadu


Kaedah
untuk doh:
- Gaul tepung, yis, garam, air dan minyak zaitun.
- Uli 15minit hingga sebati.
- Biarkan di tempat suam/panas selama 45 minit untuk doh jadi kembang.
- Setelah itu, bahagi doh kepada 2 bahagian.
- Canai hingga ketebalan 1cm untuk buat base pizza.
- Letak ke dalam loyang yang telah digriskan.

untuk topping:
- Rebus isi ayam dengan sedikit garam selama 3 minit. Toskan.
- Gaulkan tomato puree dengan secubit garam dan herba oregano.
- Sapu sos tadi ke atas pizza dan seterusnya tabur/letak bahan toping lain.
- Akhir sekali, baru taburkan keju.
- Bakar selama 15 minit dengan api perlahan (ikutkan waktu ni untuk yang guna Tupperchef)

Selamat mencuba!
read more "Resepi Pizza Ringkas"

Jan 31, 2011

Kentang Lenyek

Bahan kentang lecek:
  • 500 gram kentang (dikupas )
  • 1 cawan susu segar
  • 50 gram mentega
  • garam dan serbuk lada putih sebagai perisa.

Cara memasak:
  1. Rebus kentang di dalam air dan bersama sedikit garam. Biarkan merenih sekitar 20 minit atau sehingga kentang dari benar-benar empuk.
  2. Angkat kentang dan toskan. Lecek sehingga halus.
  3. Tambahkan susu segar, mentega sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Tambah serbuk lada puthi sebagai perisa.

Bahan kuah kentang lecek:

  • 2 sudu minyak masak
  • 50 gram mentega
  • 20 gram tepung gandum
  • 1 batang saderi (dipotong kecil)
  • 1 ulas bawang besar (dipotong kecil)
  • Serbuk lada sulah dan lada hitam
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 cawan air
  • 2 cawan stok ayam (cecair)
  • 1 cawan susu segar (UHT juga boleh)

Cara memasak kuah:

  1. Panaskan minyak masak, goreng daun saderi dan bawang sehingga layu. Angkat dan biarkan sehingga sejuk
  2. Kisar semua bahan goreng tadi sehingga halus. Gunakan sukatan air.
  3. Cairkan mentega menggunakan air kecil, masukkan tepung dan kacau sehingga sebati. Tuangkan air, stok ayam dan susu segar. Kacau perlahan.
  4. Masukkan bahan kisar sambil mengacau. Masak sehingga mendidih dan boleh diangkat.


Nota: Resepi dikutip dari sumber lain yang boleh dipercayai. Dijadikan koleksi resepi peribadi untuk direalisasikan di suatu masa nanti.
read more "Kentang Lenyek"

Jan 16, 2011

Cekodok Impian

Cekodok Bawang Impian


Salam.

Ini adalah gambar cekodok. Takkan tak tahu.. Ngee..
Nama lain adalah cucur. Cucur ada banyak jenisnya, yang ini adalah cucur cekodok bawang impian saya.

Bahan utama:
  • Tepung sukatan ikut suka
  • Serbuk penaik
  • Sedikit air
  • Garam

Bahan² yang menjadikan spesis cucur lain²:
bawang besar dihiris halus
daun sup
karot parut
daun kucai pun bolihdll lagi yang terlintas atau yang ada kat umah tu

Cara:
Gaul semua bahan utama hingga sebati.
Kalu lembik sangat, tambah tepung lagi.. dan sebaliknya.
Setelah sebati campurkan bahan² lain.
Goreng dan hidang.
Boleh dicicah dengan sos cili atau makan begitu sahaja.

Mudah kan! Cubalah sendiri..

Nota: kalu nak lembut dan pluffy boleh juga ditambah telur sebiji.
read more "Cekodok Impian"

Jan 1, 2011

Nasi Dagang Dan Gulai Ikan Tongkol

Hidangan untuk 12 - 15 orang


Bahan-bahan untuk nasi dagang:
  • 1 kg beras nasi dagang-dibersihkan dan direndam selama 2 jam
  • 2 cawan santan cair *
  • 1 cawan pati santan *
  • 1 sudu teh halba
  • 7 biji bawang merah-dihiris
  • 2 cm halia-dihiris
  • 3 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
*Santan mengikut jenis beras.Kalau perlu,tambahkan sikit santan mengikut kesesuaian. 


Bahan untuk gulai ikan tongkol:
  • 3 cawan santan sederhana pekat
  • 2 keping asam gelugur
  • 1/2 ikan tongkol-dibersihkan dan dipotong ikut suka
  • 1 biji cili hijau
  • garam secukup rasa
  • 10 biji bawang merah *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 4 cm lengkuas *
  • 6 tangkai cili kering *
Bahan bertanda * dikisar halus 


Cara-cara sediakan nasi:
  1. Panaskan air dlm periuk kukus hingga mendidih.Masukkan beras dan kukus selama setengah jam.
  2. Angkat nasi,masukkan 2 cawan santan cair dan gaul hingga sebati.Kukus semula selama setengah jam lagi.
  3. Angkat nasi sekali lagi dan masukkan pati santan,halba,bawang,halia,garam dan gula.Gaul sebati.
  4. Kukus semula selama 20 minit atau hingga nasi masak.

Untuk lauknya:
  1. Panaskan santan dlm periuk.Setelah mendidih,masukkan bahan kisar.Biar mendidih sekali lagi.
  2. Masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan ikan tongkol dan cili hijau.Biar hingga ikan betul2 masak.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi dagang. 
Dicedok dari internet.
 

Nota: Dah dapat resepi untuk gulainya, maknanya bila2 masa lah untuk masak ni. Yahoooo!
read more "Nasi Dagang Dan Gulai Ikan Tongkol"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...