Jan 2, 2013

Cekodok Pisang


Bahan2:
Pisang ( apa2 pisang)
Gandum
Serbuk penaik
Gula
Garam
sedikit air

Cara2:
Lenyek pisang dengan gula.
Campur dengan semua bahan2 lain.
Ada yang letak telur.. Kita tak letak pun..
Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan dengan tisu penyerap minyak.
Siap.

read more "Cekodok Pisang"

Dec 12, 2011

Sate Baung



Chop!

Ada yang terliur?

Oke! Ini sate yang dibeli dari kedai yang diberi nama Sate Baung. Sate baung ini memang femes di Kota Bharu dan kawasan sekitarnya di suatu waktu dulu.. Seingat Ann tiap2 kali hari raya, kakak ku mesti order ini sate. Tapi ini cerita 2-3 tahun lepas kot.. Dah lupa pulak.

Sekarang sate ini telah membuka sayap sampai ke bangi. Nampaknye still famous kot. So, minggu lepas nak lah merasa jugak sate ni. Ternyata rasanya kurang menyengat daripada sate2 lain yang berada di sekitar kajang. Terkena pulak hari tu kitorang makan sate ayam nyer kurang masak. Daripada pemerhatian, petang itu diorang baru jer panaskan bara. Tempoh membakar pulak macam cepat jer.. Hasilnyer.. daging ayam tak berapa masak. Hu-hu.. Pelik, daging lembunye oke pulak.

Kuahnya pun macam sedikit cair. Mungkin hari itu tidak menyebelahi kami. Harganya pun lebih kurang sama macam sate lain. 70 sen secucuk.

read more "Sate Baung"

Nov 29, 2011

Pizza Homemade Ringkas

Salam Bahagia.

Semalam Ann telah cuba buat pizza homemade.. 
First time buat sendiri. Last time buat pizza masa hadiri demo tupperware.. Tolong² je masa tuh.. Giler lama dah time tuh berlalu. Sekarang baru nak cuba sendiri. 

Jom layan gambar yang tak seberapa... Nak resepi boleh godek² kat sini.

Sebelum
Selepas setengah jam
Sedia untuk dimasak
Sedia untuk dimakan


read more "Pizza Homemade Ringkas"

Nov 17, 2011

Pengat Durian & Roti Jala



Salam Petang-petang Hari.

Suatu petang, Ann ada menyediakan minum petang dengan pengat durian. dan roti jala. Oke, ini adalah percubaan pertama Ann bikin roti jala. Hehe.. Sebab tu nampak lain macam sket ek...

Pengat durian/  serawa durian:
Lebihan durian.
Santan.
Gula melaka.
Daun pandan
garam.

Masaknya:
Masukkan kesemua ke dalam periuk.
Masak.


Resepi Roti jala:

2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
sedikit garam
pewarna hijau

Cara :
Kacau semua bahan.
Boleh pakai blender supaya senang dan adunan tidak berbintil.
Adjust kepekatan adunan
Kirai atas kuali leper guna acuan roti jala.
read more "Pengat Durian & Roti Jala"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...