Oct 29, 2011

Makanan dari Sarawak

Salam ceria.

Awal bulan Oktober tempoh hari, Ann dan famili telah berkunjung ke Kuching, Sarawak. Berada di sana selama 3 hari 3 malam kat sana, tentulah kena mencekik kan.. Untuk tambah tenaga untuk ronda2 Bandar Kuching.

Pasti ramai dah pernah ke sana dan tahu makanan apa yang ada di sana. Gambar pertama ini adalah sudah tentunya Laksa Sarawak. Kalu dah ada kat Sarawak tak sah lah kalu tak coba! Pada tak pernah cuba, rasanya seperti kita makan meehoon dengan kuah kari...


Keduanya, adalah mee kolok. Sekali pandang tak ubah macam maggi goreng daa.. Tapi rasanya sedikit berbeza.. kena cuba sendiri.

Seterusnya, ayam pangsun. Yang ini memang tak akan jumpa kat semenanjung. Ayamnya di masak, dalam buluh., dan rupanya macam sup ayam. Tapi bukan sup ayam oke! Ayam di masak bersama pucuk ubi kayu. Ermm sedapp dimakan dengan nasik.



Ayam Pangsun

Dok 3 hari kan, mesti macam2 makan punyer.. But, still ada yang tak sempat nak mencuba, pasal banyak sangat makan, iaitu Umai. So, takder le gambarnyer. Lain2 yang telah di jamah adalah...
Nasi Ayam Penyet

Nasi Goreng Tajaan Homestay










0 orang berani komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...