Nov 29, 2011

Pizza Homemade Ringkas

Salam Bahagia.

Semalam Ann telah cuba buat pizza homemade.. 
First time buat sendiri. Last time buat pizza masa hadiri demo tupperware.. Tolong² je masa tuh.. Giler lama dah time tuh berlalu. Sekarang baru nak cuba sendiri. 

Jom layan gambar yang tak seberapa... Nak resepi boleh godek² kat sini.

Sebelum
Selepas setengah jam
Sedia untuk dimasak
Sedia untuk dimakan


read more "Pizza Homemade Ringkas"

Nov 17, 2011

Pengat Durian & Roti Jala



Salam Petang-petang Hari.

Suatu petang, Ann ada menyediakan minum petang dengan pengat durian. dan roti jala. Oke, ini adalah percubaan pertama Ann bikin roti jala. Hehe.. Sebab tu nampak lain macam sket ek...

Pengat durian/  serawa durian:
Lebihan durian.
Santan.
Gula melaka.
Daun pandan
garam.

Masaknya:
Masukkan kesemua ke dalam periuk.
Masak.


Resepi Roti jala:

2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
sedikit garam
pewarna hijau

Cara :
Kacau semua bahan.
Boleh pakai blender supaya senang dan adunan tidak berbintil.
Adjust kepekatan adunan
Kirai atas kuali leper guna acuan roti jala.
read more "Pengat Durian & Roti Jala"

Oct 29, 2011

Makanan dari Sarawak

Salam ceria.

Awal bulan Oktober tempoh hari, Ann dan famili telah berkunjung ke Kuching, Sarawak. Berada di sana selama 3 hari 3 malam kat sana, tentulah kena mencekik kan.. Untuk tambah tenaga untuk ronda2 Bandar Kuching.

Pasti ramai dah pernah ke sana dan tahu makanan apa yang ada di sana. Gambar pertama ini adalah sudah tentunya Laksa Sarawak. Kalu dah ada kat Sarawak tak sah lah kalu tak coba! Pada tak pernah cuba, rasanya seperti kita makan meehoon dengan kuah kari...


Keduanya, adalah mee kolok. Sekali pandang tak ubah macam maggi goreng daa.. Tapi rasanya sedikit berbeza.. kena cuba sendiri.

Seterusnya, ayam pangsun. Yang ini memang tak akan jumpa kat semenanjung. Ayamnya di masak, dalam buluh., dan rupanya macam sup ayam. Tapi bukan sup ayam oke! Ayam di masak bersama pucuk ubi kayu. Ermm sedapp dimakan dengan nasik.



Ayam Pangsun

Dok 3 hari kan, mesti macam2 makan punyer.. But, still ada yang tak sempat nak mencuba, pasal banyak sangat makan, iaitu Umai. So, takder le gambarnyer. Lain2 yang telah di jamah adalah...
Nasi Ayam Penyet

Nasi Goreng Tajaan Homestay










read more "Makanan dari Sarawak"

Sep 9, 2011

Kek Coklat Tanpa Tepung


Kek Coklat Tanpa Tepung

250g badam
250g gula castor
250g cooking chocolate
5 biji putih telur
5 biji kuning telur
175g butter
sedikit garam


Cara menyediakan:

  • Badam di rendam, kupas &bakar pada suhu 180 darjah. Kisar.
  • Cairkan butter, ghula, choc bar atas air mendidih.
  • Masukkan kuning telur.
  • Pukul putih telur dengan garam* bekas mesti kering &  pukul betul2 kembang.
  • Bancuhan tadi dimasukkan kedalm putih telur.
  • Kacau sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang. Bakar suhu 180 darjah selama 1 jam.

Nota: Resepi ini terjumpa dalam buku koleksi resepi peribadi. Memang tak pernah cuba lagi. Akan ku cuba jua suatu masa. Insya-Allah..

read more "Kek Coklat Tanpa Tepung"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...