Dec 21, 2009

Resepi baru cuba

Salamualaikum kekawan..

Apa korang makan malam tadi?

Apa yang korang masak, atau mak korang masak untuk korang makan?

Atau ayah korang yang masak?

Tak kisah lah memana, yang penting perut kena isik. Kalu tak nanti kembung perut, sapa yang susyah.. korang jugak!

Dah lama tak menulis blog ni rasa rindu lak.. Tu yang tercari-cari apa bahan nak di sajikan kat sini. Kalu tadi sajian makan malam adalah masak daging black pepper, tak salah kot nak syer resepinya..



Bahan-bahannya pun simple jer - ada daging sket, sos black pepper, sos tiram, sos kicap manis, bawang putih, halia dan garam untuk bahan wajibnyer. Aksesori tambahan bawang besar dan lada hijau.

Cara nak sediakan - daging dipotong kecik, dan diperap bersama segala jenis sos tadi, dan juga sedikit madu. Sori, tadi sebut lak dlm bahannyer. Lama mana nak perap ikut suka lah.. nak sedap perap lama. Bahan tumis iaitu bwg putih dan halia di tumbuk lumat dahulu, dan ditumis seperti biasa. Masukkan daging perap dan sedikit air, biarkan daging sehingga empuk. Boleh letak garam secukup rasa, bawang besar, dan lada hijau. Jika nampak kuahnya kurang likat/ gelap boleh tambah kicap manis, dan rasanya gula tak payah bubuh dah.. pasal dah ada kicap manis dan madu tadi. Dah siap! Boleh dimakan bersama nasi putih dan juger budu. ;)

Resepi asal Ann jumpa kat internet jugak.. tapi disebabkan bahan kat rumah adalah terhad, terpaksalah Ann meng'author'. Kalu Ann boleh buat, korang pun mesti boleh!
Selamat Mencuba!

p/s: Untuk masakan ini, Ann bagi 2 setengah bintang jer.. pasal sebelum ni pernah gak buat masakan yang sama, tapi berbeza resepi. Sebab dah lama tak buat, lupa dah.

0 orang berani komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...